Selamat Datang ke Laman Web Masjid At-Taqwa Pekan Pahang.
 
Masjid ini terletak kira-kira 8km dari Pekan Bandar Diraja. Masjid ini mempunyai dua buah bangunan. Bangunan lama dibina pada tahun 1348H dan bangunan baru pula dibina pada tahun 1424H bagi menggantikan bangunan lama di tapak yang sama.


Pada awal pembukaan masjid ini, ianya telah diselenggara dan diuruskan oleh Jawatankuasa Penaja (ahli qariah) sebelum ianya diambilalih oleh Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) pada tahun 1998. Anggaran kos pembinaan RM2.8 juta . Masjid ini telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang pada tahun 2000. Masjid ini merupakan Masjid Daerah 2 Pekan. Ia terletak di bawah pengurusan PAID dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis Agama Islam & Adat Resam Melayu Pahang.
Program Ihya Ramadhan Peringkat Masjid At-Taqwa Pekan Tahun 1438H / 2017M

23 Mei 2017 - Majlis Menyambut Ramadhan & Ceramah Agama Khas Oleh Y. Bhg. Ustaz Sukri Sudin dari Jabatan Agama Islam Pahang
                       selepas Solat Maghrib
                     - Kuliah Subuh Khas 28 Mei, 04 Jun, 11Jun, 12 Jun, 18 Jun
                     - Bubur Lambuk Istimewa At-Taqwa Setiap Hari Sabtu
                     - Tahlil Khas Setiap Malam Selepas Solat Terawih
12 Jun 2017 - Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sumbangan Ramadhan Kepada Anak-anak Yatim
                     - Tazkirah Jumaat selepas Solat Jumaat
                    - Tadarrus Al-Quran & moreh setiap malam
                     - Qiamullail setiap malam terakhir (10 malam terakhir Ramadhan)
                     - Tazkirah Selepas Solat Zohor oleh Imam bertugas
                     - Solat Terawih Imam al-hafis dari Maahad Tahfiz Kubang Bujuk Terengganu
02 Jun 2017 - Solat Terawih bersama Imam Hufaz dari Syria

*Semua jemaah kariah Masjid At-Taqwa Pekan dijemput beramai-ramai menyertai program tersebut serta menghulurkan sumbangan 

Ada sebarang kemusykilan?Tanyalah ustaz! 

Kini anda boleh membuat pertanyaan melalui web ni.

Melalui medium yang disediakan ini, diharap dapat membantu pengunjung dalam menyelesaikan kekusutan yang dialami dengan bertanya kepada ustaz. Jika ada sebarang keraguan Khidmat kaunseling juga disediakan. Sila berhubung dengan Imam 1 masjid ini untuk temu janji..

Al-quran dan as-sunnah adalah penyelamat dan pembimbing kehidupan kita didunia dan disusuri hingga ke akhirat. Maka sesiapa yang mengikutinya berbahagialah dia di dunia dan akhirat.

Perundangan dan peraturan ALLAH swt yang terbaik. Manisnya iman mengikut al-quran dan as-sunnah bagi mereka yang mencarinya.

Pendaftaran Percuma untuk anak-anak yatim dan keluarga yang kurang mampu (miskin) 

Kami mengalu-alukan anak-anak yatim (berumur sehingga 17 tahun ) dan keluarga miskin supaya mendaftar di sini! Bantuan akan disalurkan melalui Majlis Agama Islam & Adat Resam Melayu Pahang.

Kami bersedia membantu anda meringankan beban yang anda tanggung. Pendaftaran hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Gunakan borang yang disediakan dalam laman web ini..
Pihak masjid juga mengalu-alukan mereka yang ingin melakukan amal jariah dengan menghulurkan sumbangan untuk tabung anak-anak yatim yang disediakan oleh masjid ini. Sumbangan daripada jemaah akan disampaikan kepada anak-anak yatim pada bulan RAMADHAN setiap tahun. Bersamalah kita melabur untuk akhirat kelak.

Sertai kami .. Ketahui perkembangan terkini! 

Sertailah kami di kami untuk mengetahui perkembangan terkini kami dan berkongsi pendapat dan pandangan anda.

Harap dengan cara ini dapat mendekatkan lagi masyarakat dengan masjid dan menarik minat orang ramai untuk bersama-sama mengimarahkan rumah Allah ini......

Dengan adanya medium Social Network  kami berharap penyebaran dan perkongsian maklumat sesama komuniti akan lebih menyeluruh. Anda boleh war-warkan berita, aktiviti ataupun majlis ilmu yang akan diadakan di masjid supaya aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan.

"Komuniti Kita Tanggungjawab Kita"

Friday, 18 April 2014 21:28

Khutbah Jumaat 18 April 2014

Written by  Administrator
Rate this item
(0 votes)
HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT
DARI PERSPEKTIF ISLAM

HAK ASASI MANUSIA SEJAGATDARI PERSPEKTIF ISLAM

 

Hak Asasi Manusia Sejagat mula diperkenalkan pada tahun 1948 dan merangkumi 4 aspek utama iaitu; Kebebasan Kepercayaan, Kebebasan Bersuara, Kebebasan Kemahuan dan Kebebasan Daripada Ketakutan.

 

Hak asasi manusia yang dilaung-laungkan dalam dunia moden hari ini sebenarnya adalah perjuangan Barat yang dipelopori oleh Yahudi, Nasrani serta golongan sekularisme, pluralisme dan liberalisme. Pada pandangan segelintir sarjana Barat, manusia mempunyai kebebasan mutlak. Mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu. 

 

Contohnya:

 

Homoseksual, lesbian, perkahwinan sejenis dan bersekedudukan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan dianggap hak individu masing-masing dan tidak boleh dihalang. Perkara-perkara ini jelas bertentangan dengan syariat Islam dan patut kita tentang habis-habisan demi kedaulatan undang-undang Islam di negara ini.

 

Hak asasi manusia dalam Islam mempunyai matlamatnya yang khusus iaitu untuk melindungi maruah dan kemuliaan manusia serta membezakan antara manusia dan haiwan. Firman Allah Subhanahu wa-Taala dalam Surah al-Isra’ ayat 70 yang bermaksud:

 

Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah mengangkut mereka (dengan pelbagai kenderaan) di daratan dan di lautan. Kami juga telah memberikan rezeki kepada mereka daripada perkara yang baik-baik serta Kami telah memberi kelebihan kepada mereka dengan sempurna mengatasi makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

 

Hak Asasi Manusia dalam Islam berdasarkan prinsip keadilan. Ia berjalan berteraskan pencapaian maqasid syariah yakni penjagaan kepada 5 kepentingan asas manusia iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. 

 

Islam mempunyai panduan tersendiri dalam menilai isu-isu berkaitan kebebasan manusia. Setiap muslim dibatasi oleh hukum-hakam, halal haram dan dipimpin oleh Al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan. 

 

Sabda Nabi Sallalahu Alaihi wa-Sallam dalam sebuah hadis riwayat Imam Malik yang bermaksud: 

 

Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi-Nya.

 

Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili, hak asasi manusia sangat berkait rapat dengan kewujudan tabi’inya. Ia merangkumi banyak perkara seperti hak asasi untuk hidup, hak beragama, hak persamaan, hak berpolitik, hak mendapat pendidikan, hak ekonomi sosial, hak bekerja, hak mendapat rawatan kesihatan, hak mendapat jaminan dan perlindungan negara, hak keibubapaan, hak kekeluargaan, dan lain-lain.

More in this category: « Hukum Memakai Rambut Palsu
IMG_0736 IMG_1857 SAM_0730 DSC_0009 DSC01988 SAM_0365 IMG_0763 IMG_0848 IMG_1823 IMG_0805

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Aktiviti Terkini

There are no upcoming events currently scheduled.
Lihat Kalendar Penuh

Kajiselidik

Apakah maklumat yang sering anda cari disini?