HAK ASASI MANUSIA SEJAGATDARI PERSPEKTIF ISLAM
Hak Asasi Manusia Sejagat mula diperkenalkan pada tahun 1948 dan merangkumi 4 aspek utama iaitu; Kebebasan Kepercayaan, Kebebasan Bersuara, Kebebasan Kemahuan dan Kebebasan Daripada Ketakutan.
Hak asasi manusia yang dilaung-laungkan dalam dunia moden hari ini sebenarnya adalah perjuangan Barat yang dipelopori oleh Yahudi, Nasrani serta golongan sekularisme, pluralisme dan liberalisme. Pada pandangan segelintir sarjana Barat, manusia mempunyai kebebasan mutlak. Mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu.
Contohnya:
Homoseksual, lesbian, perkahwinan sejenis dan bersekedudukan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan dianggap hak individu masing-masing dan tidak boleh dihalang. Perkara-perkara ini jelas bertentangan dengan syariat Islam dan patut kita tentang habis-habisan demi kedaulatan undang-undang Islam di negara ini.
Hak asasi manusia dalam Islam mempunyai matlamatnya yang khusus iaitu untuk melindungi maruah dan kemuliaan manusia serta membezakan antara manusia dan haiwan. Firman Allah Subhanahu wa-Taala dalam Surah al-Isra’ ayat 70 yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah mengangkut mereka (dengan pelbagai kenderaan) di daratan dan di lautan. Kami juga telah memberikan rezeki kepada mereka daripada perkara yang baik-baik serta Kami telah memberi kelebihan kepada mereka dengan sempurna mengatasi makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
Hak Asasi Manusia dalam Islam berdasarkan prinsip keadilan. Ia berjalan berteraskan pencapaian maqasid syariah yakni penjagaan kepada 5 kepentingan asas manusia iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.
Islam mempunyai panduan tersendiri dalam menilai isu-isu berkaitan kebebasan manusia. Setiap muslim dibatasi oleh hukum-hakam, halal haram dan dipimpin oleh Al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan.
Sabda Nabi Sallalahu Alaihi wa-Sallam dalam sebuah hadis riwayat Imam Malik yang bermaksud:
Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi-Nya.
Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili, hak asasi manusia sangat berkait rapat dengan kewujudan tabi’inya. Ia merangkumi banyak perkara seperti hak asasi untuk hidup, hak beragama, hak persamaan, hak berpolitik, hak mendapat pendidikan, hak ekonomi sosial, hak bekerja, hak mendapat rawatan kesihatan, hak mendapat jaminan dan perlindungan negara, hak keibubapaan, hak kekeluargaan, dan lain-lain.
![]() | Hari Ini | 1053 |
![]() | Semalam | 1729 |
![]() | Minggu Ini | 2782 |
![]() | Bulan Ini | 44928 |
![]() | Keseluruhan | 2149556 |